KULIM: Jenazah tiga beranak yang lemas selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang Sabtu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Zaiton, Kampung Lengkuas, Alor Setar pada petang Ahad.
Adik mangsa, Mohamad Asyraf Ibrahim, 34, berkata, ketika ini mayat kakaknya, Masyitoh Ibrahim, 37, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, masih berada di Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.
Katanya, mereka sedang menanti proses bedah siasat selesai termasuk keputusan COVID-19 untuk membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke kampung di Alor Setar.
"Insya-ALLAH mungkin semua urusan di hospital akan selesai petang ini dan kita akan membawa pulang ketiga-tiga jenazah untuk dikebumikan di Alor Setar," katanya ketika dihubungi di sini.
Mohamad Asyraf berkata, kakaknya Masyitoh merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik dan mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga.
"Kami sembilan beradik memang sangat rapat, kakak pula seorang yang mengambil berat perihal adik-beradik yang lain.
"Saya agak terkejut terima berita sedih ini daripada salah seorang abang dan terus bergegas ke lokasi kejadian dari Ipoh," katanya.
Menurutnya, dia tiba di lokasi kejadian pada jam 11.30 malam dan turut menanti sehingga operasi menyelamat selesai kira-kira jam 3.30 pagi.
"Semasa saya tengok kereta kakak ditarik keluar daripada sungai, saya cuma berharap kesemua mereka ada bersama dalam kereta dan tidak ada yang hanyut," katanya yang kali terakhir bertemu dengan Allahyarham pada sambutan Aidilfitri lalu.
Katanya, ketika kejadian dua anak saudaranya itu mengikut ibu mereka bergotong-royong di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, manakala abang sulung mereka, Muhammad Ziyad Hadif, 10, pula tidak ikut bersama.
"Kakak sebelum ini tinggal di Pekan Kuala Ketil dan baru sahaja berpindah ke Amanjaya di Sungai Petani. Walau apapun kami reda dengan kejadian ini dan berharap semua urusan berjalan lancar," katanya.
Dalam kejadian pada jam 6.42 petang Sabtu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Persona dikatakan terbabas ketika melalui Jambatan Datuk Syed Omar yang merupakan sempadan daerah Kuala Muda dan Baling.
Kenderaan mangsa berjaya ditarik naik pada jam 3.30 pagi dan ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan berpelukan di bahagian belakang kereta.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022
Masyitoh bersama dua anaknya ditemukan lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam sungai di Jambatan Datuk Syed Omar. - Sinar Harian
Alat penyembut kabus bantu sejukkan suhu badan gajah
Sebuah pusat pemulihan gajah di selatan India, Tamil Nadu memasang alat penyembur kabus untuk memastikan gajah-gajah mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sejuk.
Krisis air berterusan, penduduk terpaksa berebut
Penduduk di beberapa bahagian New Delhi terpaksa beratur panjang untuk mengambil air dari tangki.
Masalah itu diperburukkan lagi apabila kadang kala, tangki air tidak sampai mengikuti jadual yang tetap sehinggakan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain.
Masalah itu diperburukkan lagi apabila kadang kala, tangki air tidak sampai mengikuti jadual yang tetap sehinggakan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain.
Lintasan Rafah hanya boleh dibuka selepas tentera Israel tinggalkan Gaza
Lintasan sempadan Rafah yang digunakan untuk penghantaran bantuan ke Gaza dari Mesir tidak boleh beroperasi semula melainkan Israel melepaskan kawalan dan menyerahkannya kembali kepada rakyat Palestin di sebelah Gaza.
10 terkorban dalam serangan Israel di Khan Younis
10 orang, termasuk tiga kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan udara Israel di Khan Younis pada awal pagi Isnin.
Claudia Sheinbaum isytihar kemenangan dalam pilihan raya presiden Mexico
Keputusan awal menunjukkan bahawa beliau menang dengan antara 58.3 peratus dan 60.7 peratus undian.
PBAKL: Media sosial suntik keterujaan terhadap buku
Media sosial memainkan peranan besar, dengan kebanyakan penulis dan rumah penerbitan aktif di media sosial, tanpa melupakan peranan media konvensional.
10 Berita Pilihan - (03 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza
Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan segera dan tanpa halangan kepada rakyat Palestin serta pembinaan semula Gaza.
Tempuhi lebih 3 jam perjalanan untuk tonton "The Experts"
Seramai 90 pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu dan sekumpulan remaja dari Junior Chamber International sanggup menempuhi perjalanan lebih 300 kilometer bagi menonton filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
Bagaimanapun, mereka menyifatkan perjalanan yang memakan masa lebih tiga jam dari kelantan ke terengganu itu sangat berbaloi kerana kualiti dan jalan cerita yang ditampilkan menerusi filem berkenaan amat menarik.
Bagaimanapun, mereka menyifatkan perjalanan yang memakan masa lebih tiga jam dari kelantan ke terengganu itu sangat berbaloi kerana kualiti dan jalan cerita yang ditampilkan menerusi filem berkenaan amat menarik.
THhujjaj mudahkan jemaah semak amaran Arab Saudi, tahu cuaca semasa
THhujjaj yang dibangunkan Lembaga Tabung Haji (TH) bantu memudahkan jemaah haji Malaysia untuk menyemak status amaran pihak berkuasa Arab Saudi dan tahu makluman tentang cuaca semasa di Tanah Suci sepanjang operasi haji musim ini.
Jenazah tiga beranak lemas berpelukan selamat dikebumi dalam satu liang
Jenazah tiga beranak yang lemas di Sungai Muda berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling selamat dikebumikan petang tadi.
Jenazah tiga beranak lemas berpelukan akan dikebumi di Alor Setar
Ahli keluarga sedang menanti proses bedah siasat selesai termasuk keputusan COVID-19 untuk membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke kampung di Alor Setar.